ANTARA GAMBAR-GAMBAR YANG DIAMBIL DI TAPAK PROJEK PERTANIAN MODEN (PPM) AYER HITAM, JOHOR DARUL TAKZIM.
TARIKH & GAMBAR PEMASANGAN BAY (Fasa 1 untuk 3 bay) :-
05 - 10 JAN 2009 ~ PROSES DI KILANG.
Sementara kilang menyiapkan besi-besi yang telah ditempah, kontraktor mula membuat kerja-kerja awal di tapak projek seperti membeli simen, pasir dan batu untuk kegunaan projek.
11 -15 JAN 2009 ~ KONTRAKTOR MULA MENGUKUR SEMULA TANAH DAN MENGGALI LUBANG-LUBANG BAY.
Jarak antara lubang tuang adalah 20 kaki melibatkan 3 bay fasa pertama iaitu seluar 120 kaki x 300 kaki iaitu 120 kaki x 100 kaki x 3 bay. Tinggi tiang adalah 9 kaki dan 1 kaki akan ditanam ke dalam lubang dan disimenkan supaya bay kukuh dan tahan lama.
15 JAN 2009 ~ TIANG BESI & LENGKUNG ATAP SEBERAT 2 TAN SAMPAI DI TAPAK PPM.
Pihak kilang hanya akan menghantar sebahagian dari jumlah besi untuk 3 bay sebelum cuti hari raya cina dan sebahagian lagi melibatkan bahagian lengkung atas akan dihantar sepenuhnya selepas hari raya cina memandangkan kesuntukan masa dan kilang tidak beroperasi sepanjang hari raya cina.
15 -22 JAN 2009 ~ TIANG BAY MULA DITEGAKKAN.
Aktiviti menegakkan tiang-tiang bay sedang giat dijalankan oleh kontraktor di tapak projek PPM. 22 JAN 2009 ~ SEMUA TIANG BAY TELAH SIAP DITEGAKKAN.
Keluasan seluas 12 kaki x 300 kaki panjang untuk fasa pertama pembinaan bay fertigasi telah siap ditegakkan oleh kontraktor. Kerja-kerja welding palanmg besi akan mula dilakukan kemudian.